Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah menafikan Uber menderma kepada Pusat Inisiatif dan Kreativiti Antarabangsa Malaysia (Magic) sebagai pertukaran pelaburan AS$30 juta dalam syarikat e-hailing oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)(KWAP).
Irwan Serigar yang juga pengerusi KWAP dan Magic, berkata demikian kepada media di Putrajaya hari ini.
"Ini tidak benar sama sekali, tidak ada apa-apa, tidak ada konflik kepentingan," katanya menjawab soalan sama ada terdapat percanggahan kepentingan, memandangkan beliau mengetuai kedua-dua Magic dan KWAP.
Pada 20 September lalu, Bloomberg melaporkan bahawa peguam Uber sedang mengkaji beberapa transaksi kewangan dan urus niaga yang didakwa berkaitan kerajaan Malaysia yang mungkin mempengaruhi ahli parlimen di negara ini.
Para peguam dikatakan sedang meneliti derma korporat puluhan ribu ringgit, yang diumumkan pada Ogos 2016, kepada Magic, sebuah hab usahawan yang disokong kerajaan.
Sekitar masa sama, KWAP dikatakan melabur AS$ 30 juta dalam Uber,
Kira-kira setahun kemudian, Parlimen meluluskan rang undang-undang menjadikan perkhidmatan ‘e-hailing’ sebagai satu perkhidmatan pengangkutan awam yang sah di sisi undang-undang.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment