Write For Us

Isa dipanggil Polis minggu depan, siasatan lebih rancak

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan dipanggil Polis bagi membantu siasatan berhubung isu tanah FELDA di Jalan Semarak di sini, minggu depan.
Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata kenyataan Isa penting bagi membantu siasatan kes terbabit kerana beliau adalah pengurusan tertinggi FELDA ketika itu.
Noor Rashid berkata, pihak Polis sudah mengambil keterangan lebih lima individu terdiri daripada pegawai FELDA, pejabat tanah dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berhubung kes berkenaan.
Menurut Noor Rashid lagi, Polis juga sudah pergi ke pejabat tanah bagi menyiasat proses penukaran tanah FELDA dan Polis akan melihat dan meneliti untuk menjalankan siasatan lebih lanjut.
Beliau turut berkata,siasatan dijangka akan lebih rancak minggu depan apabila polis mengambil keterangan individu penting dan dokumen berkaitan berhubung kes itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan kerana penipuan serta pemalsuan dokumen.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment