Write For Us

Ismail Sabri cabar Bersih adakan demo Bersih 6 tuntut pilihanraya adil

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
79 Views
Published
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) digesa supaya turun berdemonstrasi di jalan raya sebagai bantahan terhadap salah guna kuasa dan sumber oleh kerajaan hari ini.
Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, berkata jika perkara itu pernah dilakukan terhadap kerajaan BN ketika berkuasa dulu, maka Bersih 2.0 perlu turun lagi ke jalan raya untuk membantah pentadbiran PH hari ini.
"Terima kasih kepada Bersih 2.0 kerana membuat teguran kepada kerajaan yang melanggar akta pilihan raya di Kimanis ini tetapi tidak cukup dengan teguran.
"Kalau waktu BN dulu mereka berarak di jalan raya dengan baju kuning dan sebagainya, saya menunggu-nunggulah untuk Bersih berarak semula di jalan raya dengan baju kuning mereka kerana beberapa pilihan raya lepas sudah jelas bahawa pihak kerajaan melanggar akta pilihan raya.
"Saya cabar Bersih 2.0 untuk ke jalanan dengan baju kuning mereka. Kalau dulu Bersih 5, sekarang buat Bersih 6, kita akan sokong," katanya yang juga ketua pembangkang di Kimanis, hari ini.
Terdahulu Ismail mengadakan pertemuan dengan nelayan di sekitar Binsulok dan meluangkan masa bertemu penduduk kampung bagi berkempen.
Bersih 2.0 dalam satu kenyataan hari ini membangkitkan kebimbangan mengenai kenyataan yang dibuat oleh calon Parti Warisan Karim Bujang yang dilaporkan menyeru pengundi supaya menyokong parti itu bagi membolehkan pembangunan dilaksanakan di Kimanis.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment