Write For Us

Isu 1MDB: Apa jalan keluar? - Tuan Ibrahim

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan pertemuan parti itu dengan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy pada 7 Ogos lalu adalah untuk mendengar penjelasan dan mencari jalan keluar berhubung kemelut hutang yang melanda syarikat itu.
Kata Tuan Ibrahim, jika sekadar mahu membongkarkan penyelewengan dan memaki hamun berhubung isu syarikat itu, ia tetap tidak akan menyelesaikan masalah.
Ini kerana, kata Tuan Ibrahim, sesiapapun yang akan menggantikan kerajaan BN kelak, 1MDB terpaksa dipikul.
"Isu 1MDB maki hamun tak selesai masalah. Bongkar penyelewengan semua orang tahu. Tapi apa penyelesaian? Siapapun yang akan ganti kerajaan selepas BN tumbang ini, 1MDB terpaksa pikul. Jadi sekarang kita fikir apa jalan keluar? Kalau sekadar bongkar masalah, takkan selesai masalah. Apa jalan keluar?
"PAS kita buat pertemuan dengan Arul Kanda, Presiden 1MDB. Kita bawa pakar-pakar ekonomi, selain daripada AJK PAS Pusat, kita bawa pensyarah universit, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa tokoh-tokoh lain. Kita mendengar taklimat. Dan memang kita akui bahawa penyelewengan dalam 1MDB ini sangat besar," katanya dalam ceramah isu semasa dan Pra-Fastaqim 2.0 anjuran PAS kawasan Gombak malam tadi.
Menurut Tuan Ibrahim, PAS mendesak Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat skandal 1MDB.
Malah, katanya, PAS turut mencadangkan agar segala aset yang dimiliki 1MDB perlu diletakkan di bawah Kementerian Kewangan supaya tidak terlepas daripada pihak asing.
"Yang ini, PAS mendesak Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat. Apa jalan keluar yang 1MDB ada? Tak ada jalan keluar. Satu je, jual aset yang ada. Tapi, apa aset yang 1MDB ada? Tanah TRX, Bandar Malaysia. IPP dah jual.
"Yang penting, aset yang ada ini mesti dikawal dan diletakkan di bawah Kementerian Kewangan supaya tidak lepas daripada pihak asing. Ini cadangan kita.
"Keluar tajuk berita 'PAS setuju dengan 1MDB'. Ramai orang serang kita. Pemberita ini kita cerita lain, dia tulis lain," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment