Write For Us

Isu banjir: Shahidan baca petikan surah al-Quran

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
173 Views
Published
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memulakan soal jawab lisan pada pagi di sidang Dewan Rakyat dengan membaca dua petikan ayat surah al-Quran berhubung musibah dan bencana.
Shahidan membaca ayat 182 dari surah al-Imran dan ayat 41 dari surah al-Rum.
"Azab yang demikian itu adalah disebabkan perbuatan tanganmu sendiri, dan bahawasanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hamba-Nya.
"Timbulnya demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat," katanya merujuk petikan dalam surah tersebut.
Shahidan berkata demikian menjawab soalan daripada ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya yang meminta penjelasan mengenai punca banjir besar di Pulau Pinang baru-baru ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment