Write For Us

Isu BM boleh jadi senjata untuk BN

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Bekas penasihat sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Rais Yatim menegur Peguam Negara (AG) Tommy Thomas supaya belajar dan bertutur dalam bahasa Melayu dalam urusan melibatkan kerajaan dan mahkamah.
Dalam wawancara Malaysiakini, Rais berkata perkara itu perlu berdasarkan peruntukan Perkara 152(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keperluan menggunakan bahasa Melayu semasa melaksanakan urusan rasmi kerajaan.
Rais berkata demikian sebagai mengulas kekecohan yang berlaku selepas Datuk Seri Najib Razak selesai didakwa di mahkamah Kuala Lumpur 4 Julai lalu.
Penyokong Najib mula bersorak mendesak AG berbahasa Melayu semasa bercakap kepada wartawan. Mereka juga menjerit marah kerana sebelum itu Thomas membuat permohonan kepada hakim agar memberi kebenaran kepada pihaknya berhujah dalam bahasa Inggeris.
Menurut Rais, Thomas wajar menerima pandangannya tersebut dengan hati terbuka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment