Write For Us

Isu cenderahati, Fahmi jawab Salleh

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil tampil membalas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang mengatakan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) adalah cenderahati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada negara.
Dalam satu kenyataan, Fahmi berkata cenderahati paling 'besar' Najib kepada negara bukannya MRT, tetapi 1MDB.
Jelasnya, seperti yang pernah ditulis media antarabangsa sebelum ini, 1MDB yang ditubuh selepas Najib dinobat sebagai perdana menteri pada 2009 telah menjadi antara skandal kewangan paling besar di dunia.
Katanya, di pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura siasatan telah dijalankan berkait kegiatan pengubahan wang haram.
Fahmi menyifatkan cenderahati 1MDB Najib ini juga dihadiahkan kepada seluruh dunia perbankan, apabila institusi-institusi kewangan dari yang kecil hinggalah yang mega terkesan akibat keterlibatan mereka di dalam penyelewengan wang dari 1MDB.
Terdahulu, Najib merasmikan aliran MRT Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51 kilometer yang menelan kos RM21 bilion dengan jangkaan bermanfaat kepada 400,000 penumpang setiap hari.
Menerusi laman blog, Salleh berkata MRT adalah cenderahati perdana menteri untuk negara dan merupakan simbol kejayaan pembangunan infrastruktur pengangkutan awam negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment