Write For Us

Isu DG takut mati: 'Jangan minta saya buat sesuatu yang saya tak boleh buat'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
127 Views
Published
Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer sekali lagi membangkitkan isu permohonan maaf Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing di atas kenyataan kontroversinya terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Rayer mempertikaikan kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kenapa tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap Tiong.

Rayer juga meminta Tiong membuat permohonan maaf di dalam Dewan Rakyat kepada Dr Noor Hisham dan bukannya memohon maaf di luar Dewan.

Pada 11 Nov, Azalina memutuskan bahawa Tiong boleh meminta maaf atau menjelaskan kenyataannya terhadap Noor Hisham yang mencetuskan bantahan, yang akhirnya menyebabkan Rayer diarah keluar dewan.

Ia selepas Rayer tidak mematuhi arahan Azalina untuk duduk, selepas Tiong didesak untuk meminta maaf kerana menyifatkan Noor Hisham "takut mati" kerana tidak pergi sendiri ke Sabah untuk melakukan pengawasan wabak Covid-19.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment