Write For Us

Isu kerusi: 'Saya ada Whatsapp dengan Iszuree, akan selesai secara dalaman'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
25 Views
Published
Calon PN bagi DUN Bayan Lepas, Dominic Lau berharap ahli Perikatan Nasional menerima keputusan yang dibuat oleh parti mengenai calon di kerusi tersebut dan isu tersebut akan diselesaikan secara dalaman.

Presiden Gerakan itu berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan mengenai kenyataan yang dibuat Setiausaha Pas Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berhubung perbalahan kerusi DUN Bayan Lepas.

Terdahulu Iszuree dalam status di Facebooknya yang telah dipadam membantah naratif yang dimainkan bahawa PAS Pulau Pinang telah menyerahkan kerusi tersebut kepada calon bukan Melayu, sebaliknya mendakwa keputusan tersebut dibuat oleh PN pusat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment