Write For Us

Isu Komik : "DAP tidak mengaku kan? Jadi tunggu hasil siasatan polis"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ boleh diharamkan jika didapati melanggar undang-undang.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, berkata pihaknya masih menunggu hasil siasatan polis sebelum membuat sebarang keputusan.
“Sudah tentu (komik boleh diharamkan), saya rasa kalau ia menyalahi undang undang. Namun kita perlu tunggulah apa keputusan siasatan polis.
“Kita juga menunggu keputusan dan pandangan daripada Kementerian Pendidikan, tapi di peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN), setakat ini saya masih tak dapat gambaran atau arahan sama ada ia diharamkan atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada KDN akan mengharamkan komik yang mencetuskan kontroversi termasuk didakwa mempromosi ideologi China, yang disebarkan di beberapa sekolah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment