Write For Us

Isu letak jawatan: Nazri pertahan Guan Eng

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
101 Views
Published
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mempertahankan ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung gesaan untuk beliau meletakkan jawatan susulan kejadian tanah runtuh Sabtu lalu.
Ketika diminta ulasan terhadap desakan oleh para pengkritik Lim, termasuklah dari dalam Umno, Nazri memberitahu sidang akhbar di studio animasi Les' Copaque di Shah Alam bahawa perlu ada duluan bagi tindakan sebegitu.
"Ia perlukan duluan.
"Terdapat kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Saya tidak lihat Mahathir letak jawatan, saya tidak lihat Anwar letak jawatan sebagai timbalan perdana menteri," kata beliau merujuk tragedi Highland Towers pada 1993 yang berakibat daripada kejadian tanah runtuh yang besar di Taman Hillview, Ulu Kelang.
Pada masa tragedi yang meragut 48 nyawa itu, pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad masih berkhidmat sebagai perdana menteri, manakala ketua umum PKR yang dipenjara Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah timbalannya.
"Undang-undang perlu dilaksanakan kepada semua orang, bukan berpilih-pilih.
"Semua orang hidup dalam rumah kaca. Jadi jangan lemparkan batu," Nazri memberikan amarannya.
Terdahulu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar menuntut Lim Kit Siang, dengan menggesa penasihat DAP itu menasihatkan anaknya Lim Guan Eng agar meletakkan jawatan sebagai ketua menteri Pulau Pinang susulan insiden tanah runtuh Sabtu lalu.
September lalu, Kit Siang pernah mendesak Noh agar meletakkan jawatan selepas kebakaran Pusat Tahfiz Quran Darul Ittifaqiyah, Keramat Ujung bulan lalu, yang meragut 23 nyawa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment