Write For Us

Isu Lisa Blackpig Selesai, Janna Nick Buru Netizen Yang Ugut Nak Bunuh, Bakal Berdepan Dgn Hukuman

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
50 Views
Published
Sidang Media Janna Nick pada petang tadi menjelaskan kapsyen gelaran 'Lisa Blackpig' itu diberikan bagi membezakan tahap pencapaian watak dalam telefilem berkenaan yang tidak layak untuk disamakan dengan Lisa Blackpink.
"Janna menerima kecaman apabila akaun IG milik produksinya telah memuat naik gambar pelakon yang membawa watak Lisa dengan kapsyen 'Lisa Blackpig'. Kapsyen tersebut merujuk kepada watak Lisa iaitu antagonis.
"Lisa adalah watak seorang perempuan yang menjengkelkan tetapi berasakan dirinya menjadi pujaan ramai. Oleh itu, kapsyen gelaran tersebut diberikan bagi membezakan tahap pencapaian dan penerimaan, (individu itu) tidak layak untuk disamakan dengan Lisa Blackpink.
"Ia sama sekali tidak memburukkan nama Blackpink tetapi sebagai satu penghargaan kerana watak Lisa itu dilihat sebagai seorang tidak layak untuk disama tarafkan dengan Lisa Blackpink. Malah telefilem itu lebih menghargai Blackpink dan budaya Korea," ujarnya.
Sementara itu, Ben turut memberitahu kes tersebut kini dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan anak guamnya menerima ugutan bunuh daripada pengguna media sosial.
Pihak mereka juga dalam proses untuk memfailkan tuntutan pampasan terhadap pengguna yang sudah dikenal pasti menyebarkan fitnah sehingga memberi impak negatif kepada reputasi dan perniagaan Janna.
"Janna menerima kecaman daripada pengguna media sosial termasuk ugutan bunuh, jenayah, fitnah dan tuduhan palsu. Beberapa laporan polis sudah dilakukan. Kes ini masih dalam siasatan SKMM terutamanya dalam mendapatkan identiti pemilik akaun yang menggunakan nama samaran.
"Pihak kami juga dalam proses untuk memfailkan tuntutan di mahkamah di bawah akta fitnah terhadap pengguna media sosial yang dikenal pasti kerana menyebarkan fitnah yang mengakibatkan kerosakan reputasi serta perniagaan anak guam kami bagi menuntut bayaran pampasan terhadap kerugian anak guam kami alami," katanya.
#JANNANICK #BLACKPINK #LISABLACKPINK

https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw - My Vlog
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
SIDANG MEDIA, JANNA NICK, TARIKH KAHWIN
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment