Write For Us

Isu Malaysia import sisa plastik

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Rata-rata penduduk yang tinggal berhampiran kawasan perindustrian menempatkan kilang haram dan berlesen memproses sisa plastik, di sini, merayu kerajaan menghentikan terus import sisa berkenaan.
Ini kerana mereka bimbang sekiranya dibiarkan terus berleluasa kawasan penempatan turut tercemar sehingga menyebabkan kesihatan mereka turut terganggu.
Pelajar Sarjana Muda Perancangan Pelancongan dan Pengurusan Hospitaliti, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Farah Najwa Sarifuddin, 23, yang juga penduduk Kampung Telok Gong berkata, udara kawasan tempat tinggal mereka juga terjejas dengan pertumbuhan industri pemprosesan sisa plastik import.
“Kadang-kadang pihak industri turut melakukan pembakaran untuk melupuskan sisa plastik yang tidak boleh diproses sehingga mengundang bau asap tidak menyenangkan.
“Selepas serbuan di beberapa kilang baru-baru ini dan pengusaha diarah hentikan operasi, berkurangan sikit pencemaran di kawasan ini. Saya berharap kilang berkenaan terus ditutup untuk keselesaan masyarakat setempat,” katanya.
Peniaga makanan di Masjid Al Ubudiah Telok Gong, Zanariah Dollah, 43, pula menyifatkan negara sudah tidak tertanggung jumlah sampah termasuk sisa plastik yang banyak terhasil saban hari.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment