Masyarakat antarabangsa wajar menunjukkan rasa simpati terhadap nasib umat Islam Rohingya yang dizalimi regim Myanmar dengan memberi bantuan kemanusiaan sewajarnya, kata Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Beliau berkata masih banyak negara yang sepatutnya menunjukkan simpati tidak berbuat demikian tetapi cepat menuduh umat Islam sebagai pengganas khususnya media antarabangsa.
Dalam ceramah mingguannya di Masjid Alwi di sini malam tadi, katanya beliau melihat sendiri penderitaan etnik Rohingya semasa mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail melawat kem pelarian Cox's Bazar, Bangladesh baru-baru ini.
Beliau berkata hampir setengah juta umat Islam Rohingya di Myanmar sedang menderita akibat dizalimi tentera dan penganut Buddha Myanmar.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment