Write For Us

Isu video seks: Itu saya tak mahu komen, kata Ahmad Said

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
286 Views
Published
Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said enggan melayan sebarang 'serangan' yang dilakukan termasuk isu video dan gambar seks yang didakwa mengaitkan dirinya.
"Itu saya tak mahu komen. Saya malaslah. Sekarang dah mula keluar macam-macam. Takpe, saya tak mahu komen. Kalau kita panjangkan (isu ini) ia akan berpanjangan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kemaman, Terengganu.
Sehubungan itu, ketika ditanya sama ada beliau takut dengan 'ugutan' berhubung video tersebut, Adun Kijal itu berkata beliau kini mengambil pendekatan tunggu dan lihat serta tidak teragak-agak untuk membuat serangan balik sekiranya perlu.
Sebelum ini, The Star Online melaporkan, wujud dakwaan video dan gambar seks melibatkan seorang ahli politik kanan Terengganu yang memberikan sebuah projek pembalakan kepada seorang wanita dan sebagai balasan, mendapat habuan seks.
Bagaimanapun ia didakwa isu lama yang bermula pada 2009 tetapi diedarkan semula di media sosial dan blog.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment