Write For Us

Isu Zakir Naik harus tangani dengan hati-hati atau akan timbul masalah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
108 Views
Published
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata bukan cara di Malaysia untuk membuang masalah dengan mudah, seperti dalam kes pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik.
"Rasa perkauman kini lebih kuat dari sebelumnya, atas sebab apa pun, dan apabila seseorang datang dan mengatakan sesuatu yang bergema dengan pemikiran mereka, walaupun mereka tidak faham, tetapi mereka suka dengannya.
"Mereka fikir lelaki ini (Zakir) adalah seorang pejuang yang hebat dan mereka sukakan dia.
"Sekiranya kita mengambil sebarang tindakan terhadapnya, ini bermakna kita akan menentang kumpulan itu.
"Di Malaysia, kamu perlu berhati-hati dalam menangani perkara ini kerana ia bukan satu perkara yang mudah di mana kamu mendapati ada masalah, kamu ambil dan buangnya.
"Itu bukan cara kita. Kamu buat seperti itu, kamu dapat lebih banyak masalah," kata Mahathir dalam temu bual dengan stesen radio BFM hari ini.
Beliau juga bersetuju terdapat kesan politik sekiranya tindakan diambil terhadap Zakir dan membandingkannya dengan mengendalikan isu sensitif lain seperti sekolah jenis kebangsaan Cina.
Walaupun tidak bersetuju dengan sekolah vernakular kerana melihatnya penghalang kepada perpaduan di Malaysia, Mahathir berkata beliau harus menghormati sensitiviti masyarakat Cina.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment