Write For Us

'Itu keputusan PM' - Guan Eng

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, enggan memanjangkan isu berkaitan pelantikan Menteri Pendidikan baharu dan menyerahkannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat keputusan.
Guan Eng berkata, ia bagi mengelak kenyataannya disalah tafsir hingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pihak tertentu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media bersempena Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Menteri Kewangan bersama Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) di Georgetown pada Ahad.
Sabtu lalu, Guan Eng dilapor berkata, DAP berharap perbincangan dapat dibuat antara parti dalam Pakatan Harapan (PH) bagi melantik Menteri Pendidikan baharu menggantikan Dr Maszlee Malik yang melepaskan jawatan itu pada Khamis lalu.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment