Write For Us

'Itu macam mencaci dan provokasi'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum menerima sebarang laporan mengenai kain rentang yang memapakan wajah Datin Seri Rosmah Mansor.
Namun menurut Azhar, kain rentang sebegitu jelas adalah satu provokasi, justeru beliau berharap ia dapat diberhentikan kerana ia boleh menimbulkan masalah ketenteraman.
Terdahulu terdapat satu kekecohan berlaku di pusat pengundian Sesapan Batu Rembau di antara penyokong BN dan PH ekoran kain rentang provokasi memaparkan Rosmah Mansor.
Difahamkan berlaku pergaduhan kecil di antara penyokong ketika wartawan tiba, namun ia berjaya ditenangkan.
Petugas SPR berada dilokasi, namun dihalang oleh penyokong PH daripada menurunkan kain rentang berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment