Write For Us

"Itu semua tidak benar," kata bos SPRM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
130 Views
Published
Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pernah mengarahkan beliau bertindak kepada sesiapa, begitu juga tiada pihak yang pernah menghalang beliau bertindak.
Dzulkifli berkata demikian sebagai menjawab soalan dalam sesi dialog semalam dengan mahasiswa universiti jika beliau pernah menerima tekanan ahli politik agar tidak mengambil tindakan kepada sesiapa yang terlibat dengan rasuah.
"Semenjak dari 1 Ogos 2016 sehinggalah hari ini 4 Disember 2017, saya nak nyatakan di sini, dengar baik-baik, saya nak nyatakan bahawa tak pernah sama sekali YAB Perdana Menteri Malaysia, Najib tak pernah sama sekali, memberi apa-apa arahan untuk tak mengambil tindakan atau untuk ambil tindakan kepada mana-mana pihak, tak pernah.
"Tetapi apa yang kamu semua dengar di media sosial seolah-olah SPRM dikongkong ikut telunjuk pemimpin negara.
"Saya nak nyatakan itu semua tak benar kerana kepimpinan Najib tak pernah sama sekali memberi apa-apa arahan, dan memberi kebebasan sepenuhnya untuk mengambil tindakan kepada siapa-siapa yang saya rasa perlu diambil tindakan," kata beliau.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment