Write For Us

"Itu surat sulit," kata Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
92 Views
Published
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah telahpun menulis sepucuk surat peribadi permohonan maaf kepada Sultan Selangor berhubung ucapan ringkasnya di dalam Masjid An-Nur di Kg Melayu Subang pada 24 Mei lalu.
Mohamad Azmin berkata beliau sendiri menyampaikan surat berkenaan kepada pihak Istana, dua hari lalu (Isnin).
Bagaimanapun, kata Azmin, beliau enggan mendedahkan kandungan surat tersebut setelah diasak media, dan menyifatkan Sivarasa seorang yang bertanggungjawab.
"Saya percaya Sivarasa akan membuat keputusan yang terbaik dan bertanggungjawab.
"Saya telah mengadakan perbincangan dengan beliau dan beliau telahpun menulis sepucuk surat peribadi kepada Sultan Selangor dan saya telah menyampaikan surat berkenaan kepada pihak Istana, dua hari lepas.
"Itu surat sulit, saya takkan dedah surat antara Sivarasa dan Tuanku.
"Dia menerima hakikat bahawa beliau telah berlaku keterlanjuran dan ada keperluan untuk beliau menulis surat dan itu yang dibuat Sivarasa," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu majlis di Shah Alam, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment