Write For Us

Izzah, Wan Azizah bertukar kerusi Parlimen, menurut sumber

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dikatakan akan bertanding di Permatang Pauh pada pilihan raya umum ke-14, manakala penyandang kerusi parlimen itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan berpindah ke kawasan parlimen di Lembah Klang.
Memetik laporan Malaysiakini yang memetik sumber dalaman PKR memberitahu yang parti itu menjangka Nurul Izzah tidak akan mempertahankan kerusinya di Lembah Pantai, yang diwakilinya sejak 2008, kerana mendakwa berlakunya manipulasi demografi pengundi yang agresif di situ.
Seorang sumber mendakwa berlaku pemindahan sejumlah 6,589 pengundi baru ke Lembah Pantai sejak PRU 2013.
Pada PRU 2013, Nurul Izzah mempertahankan parlimen Lembah Pantai selepas mengalahkan calon BN, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dengan majoriti kecil, iaitu 1,874 undi.
Raja Nong Chik pula kekal aktif di Lembah Pantai walaupun selepas kekalahan tersebut.
Walaupun Nurul Izzah sendiri tidak mengesahkan di mana beliau bakal dicalonkan, beliau telah memuatnaik gambar yang menunjukkan kegiatan seperti kunjungan rumah ke rumah di Penanti, salah satu kawasan DUN di Permatang Pauh, di media sosialnya.
Berkenaan Wan Azizah pula, sumber dalaman PKR berkata parti lebih cenderung mencalonkannya di Lembah Klang atas sebab logistik dan faktor usia.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment