Write For Us

Jadi macam Jepun – Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad yakin Malaysia akan berjaya seperti Jepun sekiranya rakyat Malaysia memiliki etika kerja, pemikiran dan sistem nilai seperti orang Jepun serta mempunyai perasaan malu jika mereka gagal melaksanakan tanggungjawab atau melakukan dengan baik apa jua tugas yang dihadapi.
Perdana menteri Malaysia itu berkata bila Dasar Pandang ke Timur pertama kali digubal ketika beliau menjadi perdana menteri pada era 80an, ia bukan setakat menarik pelaburan dari Jepun atau datang belajar di negara ini.
“Ia mengenai soal mempelajari etika kerja orang Jepun, perasaan malu rakyat Jepun bila mereka gagal melaksanakan tugas yang mereka telah janjikan,” katanya pada majlis makan malam dengan rakyat Malaysia yang tinggal dan belajar di Jepun, di Tokyo, Ahad malam.
Dr Mahathir berada di kota raya ini untuk lawatan kerja tiga hari yang termasuk menghadiri Persidangan Antarabangsa ke-24 mengenai Masa Depan Asia, atau Persidangan Nikkei.
Ini merupakan lawatan beliau yang pertama selepas menjadi perdana menteri ketujuh Malaysia bulan lalu berikutan kemenangan besar dalam pilihan raya umum.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment