Write For Us

Jalan jalan di Paris dengan Honor View20

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
74 Views
Published
Kota Cahaya, Kota Cinta dan Kota Fesyen. Itu nama jolokan Kota Paris yang terletak di Perancis meraih puluhan juta kunjungan pelancong saban tahun kerana pelbagai daya tarikan termasuk pemandangan romantik sesuai untuk lokasi berbulan madu.
Kota Paris ini juga meraih reputasinya kerana di bandaraya itu menjadi 'kampung halaman' kepada beberapa jenama besar dalam dunia fesyen antaranya yang paling popular adalah Louis Vuitton.
Kotaraya ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana tatkala menyebut Paris sudah pasti terbayang Menara Eiffel yang juga salah satu daripada keajaiban dunia menerusi kejayaan manusia membina satu binaan logam yang sehingga kini tertegak dan menjadi mercu tanda di Perancis.
Paris secara asasnya mempunyai keluasan hanya 105 kilometer persegi saja berbanding beberapa kota tarikan dunia lain sekali gus menjadikan antara kota paling kecil sebagai destinasi pelancongan popular.
Jika melawat Paris, pastinya dalam jadual wajib adalah Menara Eiffel dan penulis merasakan bahawa destinasi itu terlalu sinonim dengan kota berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment