Write For Us

Jamal anggap Zuraida sebagai kakak, mereka bertemu di IPD Ampang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
139 Views
Published
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin dan ketua kumpulan Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini bertembung di Ibu Pejabat Daerah Ampang.
Bagaimanapun, wartawan tidak dibenarkan msasuk dan menyaksikan pertemuan itu.
Jamal yang keluar kira-kira 20 minit kemudian berkata kedatangannya kerana dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kejadian yang berlaku Sabtu lalu.
Kebetulan saya dipanggil saya sekali lagi dipanggil oleh pegawai penyiasat untuk lengkapkan siasatan mereka, dan saya datang kebetulan berjumpa dengan wakil rakyat di Ampang.
“(Zuraida) wakil rakyat saya yang tidak bertanggungjawab, yang selalu membawa onar di Ampang hanya datang membuat demo dan buat kempen bersih. Dan akhirnya bersih yang dibuatnya terserlah lah kekotoran,” kata Jamal kepada pemberita.
Katanya, Zuraida menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi tidak disambutnya kerana mereka bukan muhrim.
Zuraida hari ini hadir bersama Ketua AMK Ampang Datuk Adam Rosly bagi membuat laporan polis terhadap ketua Umno Sungai Besar itu berhubung insiden yang berlaku di Ampang Point Sabtu lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment