Write For Us

Jamal boleh pergi jauh - Bekas MB Selangor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
156 Views
Published
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar yakin Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mampu pergi jauh dalam arena politik.
Ini kerana, menurutnya, Jamal mampu membuat gimik dan aksi kontroversi dalam menyerang pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Bercakap dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini baru-baru ini, Abu Hassan berkata ketua gerakan Baju Merah itu juga seorang yang dinamik.
Menurut Abu Hassan pandangannya itu berdasarkan prestasi Jamal sewaktu pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar baru-baru ini.
"Dia pemimpin akar umbi yang bagus. Dia ada sokongan sebab dia pandai buat gimik, sama ada dia diterima orang ramai atau tidak itu terpulang.
"Dia boleh pergi jauh, dia pemimpin yang ada dinamik. Dia boleh kawal bahagian dan sebab itu kita menang PRK Sungai Besar," kata Abu Hassan di pejabat Gerakan Mubarak Selangor, Shah Alam.
Bagaimanapun, kata Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Selangor itu, ada masanya aksi gimik Jamal agak berlebihan.
“Sejujurnya, aksi-aksi Jamal itu kita tak perlukan. Tapi dia ada cara sendiri, jadi terpulang kepadanya.
“Sama ada ia memberi manfaat kepada BN atau tidak, saya tak boleh nak cakap, biar orang ramai tentukan,” kata Abu Hassan.
Jamal dijangka tampil dengan gimik terbaru apabila memutuskan akan menjual ikan di himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi yang dijadual berlangsung di Padang Timur Petaling Jaya hari ini.
Datuk Bandar Petaling Jaya, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain sebelum ini memberi amaran akan menghalau Jamal jika dia berdegil membuka gerainya di himpunan itu namun tidak diendahkan malah mengancam untuk memandikan Mohd Azizi dengan air ikan gerainya.
Untuk rekod Jamal bersama kumpulan Baju Merah memang sinonim dengan aksi protes yang menarik perhatian orang ramai.
Misalnya suatu ketika dulu dia bertuala ketika cuba berkunjung ke pejabat Azmin di bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk menumpang mandi.
Jamal juga pernah mengadakan protes menggunakan van jenazah untuk mengecam kerajaan Selangor.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment