Write For Us

"Jamal, buktikan saya proksi Azmin," cabar Adam

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
162 Views
Published
Sidang media Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Datuk Adam Rosly hari ini menimbulkan lebih banyak persoalan apabila beliau tidak menjawab beberapa soalan yang diajukan.
Ketika ditanya pemberita apakah perniagaan yang dijalankan, Adam enggan mengulasnya dan memberitahu bahawa ia perkara peribadi.
Bagaimanapun, Adam berkata beliau akan bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya siasatan terhadapnya dijalankan.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ampang.
Ketika diajukan soalan sama ada kekayaannya disebabkan menjadi proksi Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali, Adam menafikan perkara itu.
Malah, Adam memberitahu beliau mengecapi kekayaan sebelum terlibat dalam dunia politik lagi.
Sehubungan itu, Adam berkata beliau akan mengambil tindakan saman kepada Ketua Umno bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo dan Jamal kerana membuat tuduhan jahat terhadapnya.
Bagaimanapun katanya, saman itu akan dibuat selepas siasatan terhadap dirinya selesai.
Adam mencuri tumpuan selepas Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar mempersoalkan kekayaannya.
Jamal sebelum ini membawa wartawan menaiki helikopter untuk melihat pemandangan banglo Adam di Ampang dari udara yang didakwanya bernilai RM7 juta.
Adam menafikan dakwaan itu dan berkata beliau membeli banglo itu pada harga RM1 juta melalui lelongan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment