Write For Us

'Jamal isytihar perang terhadap BERSIH, hanya perang mulut' - kata IGP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
135 Views
Published
Tan Sr Khalid Abu Bakar, berkata Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang mengisytiharkan perang terhadap perhimpunan BERSIH 5 pada 19 November ini dianggap sebagai perang mulut.
Ketua Polis Negara yang bercakap pada sidang media, hari ini terpulanglah kepada orang ramai, jika ia boleh menyebabkan sesuatu, buatlah laporan polis.
Beliau mengulas mengenai kenyataan yang dibuat Jamal selepas dibebaskan daripada tahanan reman, petang semalam.
Khalid sekali lagi memberi amaran kepada BERSIH dan juga gerakan baju merah mendapatkan permit untuk mengadakan perhimpunan. Dalam hal ini, tiada sesiapa yang dikecualikan.
BERSIH akan mengadakan perhimpunan pada 19 November ini.
Mengulas mengenai Jamal dibebaskan lebih awal, beliau menjelaskan siasatan terhadapnya seselai dan tiada keperluan tahanan remannya dilanjutkan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment