Write For Us

Jamal jamu makan 'free' 3 tahun

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
112 Views
Published
Tidak seperti gimik menarik perhatian seperti memecahkan botol arak, membawa keranda dan memakai tuala, hari ini, Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamad Md Yunos berikrar membekalkan makanan percuma kepada 1,000 rakyat setiap hari selama tiga tahun.
Beliau membuat janji itu sempena dengan perasmian Restoran Gabungan NGO 1Malaysia hari ini.
Katanya, usaha itu dibuat berikutan keinsafan bahawa harta dunia tidak boleh dibawa ke akhirat.
“Kesedaran ini datang dari sahabat saya, yang telah meninggal dunia dua bulan lepas, ketika saya kebumikan dia itulah datang kesedaran.
“Dalam dunia ini berapa banyak pun harta yang kita cari tak pergi ke mana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia di Jalan Pahang Kuala Lumpur hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment