Write For Us

Jamal, jangan ganggu!

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
148 Views
Published
Mengulas cadangan Datuk Seri Jamal Md Yunos mahu menjual ikan sempena himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu dinasihatkan jangan mengganggu keadaan di situ.
"Saya nak nasihatkan kepada beliau, jangan ganggulah. Jangan cuba mencetuskan keadaan huru-hara di tempat ini," katanya.
Pakatan Harapan akan menganjurkan himpunan Sayangi Malaysia Hapus Kleptokrasi yang akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya 14 Okt ini.
Pada 10 Okt lalu Jamal menyatakan beliau akan memulakan jualan ikan basah itu pada tengah hari Sabtu ini.
HARAPAN menyasarkan kehadiran 100,000 orang pada himpunan yang berlangsung dari jam 4 petang hingga 12 tengah malam itu.
Semalam Malaysiakini melaporkan polis berpendapat penganjur perlu menukar lokasi himpunan itu ke tempat lain dan cadangan yang diberi ialah Stadium Kelana Jaya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment