Write For Us

Jamal naik heli 'bongkar' misteri Paya Indah Wetland

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
155 Views
Published
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mengadakan tinjauan udara bagi membongkarkan kemusnahan kawasan tadahan hujan di sekitar Paya Indah Wetlands akibat projek pembangunan.
Jamal berkata kawasan tersebut sedang giat dengan aktiviti penerokaan hutan serta meratakan tanah bagi tujuan pembinaan bandar baharu.
Beliau berkata demikian dalam tinjauan 30 minit bersama media petang tadi.
Video tinjauan itu dimuatnaik di Facebooknya.
Jelas Jamal, projek tersebut dilakukan setelah kerajaan negeri didakwa memberikan kebenaran dalam hanya dalam tempoh dua minggu daripada tarikh permohonan sebuah syarikat pemaju swasta untuk menjalankan projek itu sejak enam bulan lalu.
Jamal turut mendakwa projek tersebut melibatkan jumlah RM30 bilion yang mana 10 peratus daripadanya iaitu RM3 bilion disalurkan kepada pembangkang sebagai dana untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment