Write For Us

Jamal persoal AG dakwa semula kes telah gugur

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
59 Views
Published
Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos mempersoalkan tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengenakan pertuduhan sama ke atasnya di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan, sejak Selasa lalu.
Jamal menegaskan kes itu tidak sewajarnya dilakukan pertuduhan semula kerana ia telah digugurkan oleh mahkamah sendiri, pada Jun lalu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di luar perkarangan Mahkamah Majistret Ampang hari ini.
Pada 12 Mac lalu, Mahkamah Majistret Ampang melepas tanpa membebaskan Jamal daripada pertuduhan menceroboh sebuah premis perjudian di Taman Kosas, Ampang, tiga tahun lalu.
Pada 5 Julai 2018, Jamal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama Aenol Rofik Mawardi, 21, dan seorang lagi yang masih bebas didakwa menceroboh kedai Starcom Trading dan Services, nombor 23 & 25, Jalan Kosas 13, Taman Kosas di sini pada pukul 3.30 petang, 29 Disember 2016.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment