Write For Us

Jamal tekad lepas jawatan, penyokong tidak setuju

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos akan meletakkan jawatannya dalam parti Melayu itu esok.
Kata Jamal, beliau akan menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Beliau yang juga pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) mengumumkan sedemikian selepas dibebaskan bersama sembilan tahanan reman lain di ibu pejabat polis daerah Ampang Jaya pada kira-kira jam 7 malam, semalam.
Tambahnya, pihaknya menyerahkan kepada Noh untuk menentukan keputusan akhir.
Mengenai sokongan ahli-ahli bahagiannya yang mendesak beliau agar tidak meletakkan jawatan, Jamal berkata, dirinya tidak akan berganjak dari keputusan itu.
Hari ini, lebih 100 ahli Umno Sungai Besar berkumpul di lokasi yang sama untuk menunjukkan sokongan kepada Jamal susulan pengumumannya untuk meletakkan jawatan sebagai ketua bahagian Umno dan semua jawatan dalam badan bukan kerajaan (NGO) yang disandang beliau.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment