Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos memang dikenali dengan gimik politiknya; daripada membawa keranda hinggalah bertuala sahaja di depan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah iaitu pejabat Menteri Besar Selangor.
Aksi tersebut mengundang tidak sedikit cercaan, namun bagi Ketua Umno Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Said, Jamal bebas untuk meneruskan "aksi gila" sebegitu.
"Saya mahu Jamal teruskan perjuangan gilanya itu, untuk memastikan Selangor berjaya (dimenangi Umno)," kata Zaidi ketika sesi perbahasan ucapan Presiden di Perhimpunan Agung Umno 2017, hari ini.
Kata-kata Zaidi itu disambut tepukan gemuruh perwakilan Umno yang hadir, malah Datuk Seri Najib Razak juga dilihat mengangguk tanda setuju.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment