Write For Us

Jangan bangga beri RM500, kerana k'jaan p'sekutuan beri RM9,570

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dalam ucapan turut mengingatkan Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas agar memohon doa untuk persuratan akhbar Melayu itu keluar dari kerugian.
"Kalau CEO Utusan mahu Utusan tidak rugi seperti dahulu macam sekarang, tak payah cari orang tapi doalah waktu wujud," kata Ahmad Zahid.
Selain itu, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno menegur pimpinan negeri agar tidak memanipulasikan pemberian subsidi terhadap jemaah haji yang akan mengerjakan ibadah itu sebagai senjata politik.
"Jangan politikkan soal ini (subsidi). Kalau ada negeri beri RM500, alhamdulillah, terima kasih.
"Tetapi jangan bangga dengan hanya beri RM500 kerana kerajaan persekutuan beri RM9, 570," kata Ahmad Zahid.
Zahid dipercayai merujuk langkah Kerajaan Negeri Selangor memberikan insentif RM500 kepada jemaah haji muassasah negeri itu yang bakal menunaikan haji ke Makkah untuk tempoh terdekat.
Ia dilancarkan Julai lalu, sebagai tanda kepedulian pentadbiran negeri dan MBI kepada bakal jemaah haji muassasah Selangor.
"Negara kita (jemaah haji) cuma bayar RM9,980. kalau ada sebuah negeri yang memberi hanya RM500 kepada jemaah haji dan mengatakan pemberian itu terlalu bagus
"Ingatlah apa Tabung Haji dan Kerajaan Persekutuan buat apabila subsidi diberikan sebab faktor keuntungan dilaksanakan urusniaga tabung haji," tambah Zahid dihadapan kira-kira 400 jemaah haji.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment