Write For Us

"Jangan bimbang, data e-Tunai anda tak akan disalah guna"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
88 Views
Published
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata data yang diperolehi daripada inisiatif e-Tunai Rakyat tidak akan disalahgunakan untuk kegunaan komersial.
"Maklumat (yang dikumpul) adalah untuk kerajaan dan ia tidak akan dikongsikan dengan syarikat-syarikat lain," katanya kepada media semasa ditemui di Petaling Jaya pagi ini.
Beliau berada di pasar basah SS2 untuk mempromosikan skim e-Tunai Rakyat membabitkan bantuan kerajaan sebanyak RM30 bagi setiap pengguna baru e-dompet.
Lim berkata program itu diuruskan oleh firma milik penuh kerajaan, Khazanah Nasional Bhd.
"Anda mungkin bimbang ada pihak yang akan melombong data (pengguna), tapi jangan bimbang, kerajaan bukan syarikat komersial.
"Untuk pertubuhan komersial, sesetengah mereka akan berminat untuk melihat pola penggunaan dan menggunakan maklumat tersebut.
"Bagaimanapun kerajaan bukan mengendalikan perniagaan, jadi kami tidak akan membenarkan (akses kepada sektor perniagaan)," katanya.
Skim e-Tunai Rakyat digerakkan dengan pembabitan tiga syarikat pembayar iaitu Axiata Digital Sdn Bhd yang mengendalikan aplikasi Boost, Touch 'N Go Sdn Bhd (Touch 'N Go) dan Grab Holdings Ltd (GrabPay).
Daripada tiga syarikat itu kerajaan memiliki kepentingan secara tidak langsung dalam Axiata Digital dan Tounch 'N Go arem manakala Grab Holdings ditubuhkan di Singapura.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment