Write For Us

'Jangan dok harap parti lain perintah Malaysia'

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
104 Views
Published
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa parti-parti pembangkang tidak menolak sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun parti itu mengisytiharkan cukai tersebut haram.
Kata Mohd Khairuddin, kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi ketua pembangkang satu ketika dulu cuma mengatakan GST tidak sesuai dilaksanakan pada masa kini, seperti mana yang telah diamalkan oleh 162 buah negara di dunia.
"Cuma bagi mereka sekarang tidak sesuai laksana. Itu pendapat dan pandangan ahli-ahli politik pembangkang lain daripada PAS.
"Tapi PAS menyatakan bahawa sistem GST itu salah dan bercanggah dengan Islam, zalim dan tak boleh buat, bukan hanya sekarang tak boleh buat, akan datang pun tak boleh buat.
"Jangan dok harap parti lain perintah Malaysia, mereka sama fikiran dengan Umno," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di ceramah di Marang, Terengganu pada Sabtu lalu.
Video ucapan tersebut disiarkan Terengganukini di Youtube.
Oleh kerana PAS berbeza pandangan mengenai GST, kata Mohd Khairuddin, ini menyebabkan parti itu tidak boleh bekerjasama dengan pembangkang yang lain, seperti DAP dan PKR.
Katanya, gabungan pembangkang tersebut berfikir mahu berjuang untuk menjatuhkan satu kerajaan yang berfikiran sama juga seperti mereka, bukannya mahu mengubah sistem.
"Kalau akarnya ciku, buahnya adalah ciku. Kalau akarnya durian, akhirnya buahnya adalah durian. Tak mungkin akar ciku melahirkan durian.
"Kerana itu PAS menyatakan yang nak kita urus bukan hanya orang, yang nak kita ubah ialah sistem, sistem itu perlu diubah contohnya sistem percukaian GST," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment