Write For Us

'Jangan ingat saya cakap slogan kosong saja!'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
155 Views
Published
Pihak berkuasa menahan seramai 12 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), termasuk seorang timbalan pengarah, dipercayai terlibat dalam pengeluaran dan penjualan lesen memandu haram.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata tangkapan itu susulan operasi bersama oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bermula pada 4 Sept lalu.
Difahamkan sebanyak 14,000 lesen terbang dipercayai telah dikeluarkan sejak dua tahun lalu, kata menteri itu pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Pegawai yang ditangkap adalah dari JPJ di Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.
Siasatan awal menunjukkan sistem JPJ bagi prosedur pemandu asing disalahgunakan untuk memasukkan maklumat palsu dan menghasilkan lesen haram, kata Loke.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment