Write For Us

Jangan jadi munafik, pesan Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
73 Views
Published
Susulan cadangan Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Md Akin supaya pemimpin politik yang dikaitkan dengan tuduhan salah laku supaya bercuti, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali memberi peringatan ringkas buat naib presiden PKR itu.
“Jangan jadi munafik,” kata Azmin ringkas diselangi dekih kecil bagi mengulas soalan pemberita atas kenyataan kepada timbalan menteri industri utama yang keluar tidak lama sebelum sesi Parlimen hari ini berakhir.
Azmin kemudiannya berlalu pergi meninggalkan lobi Parlimen tanpa mengulas lanjut berkenaan hal tersebut.
Kira-kira sejam lalu, Shamsul mengeluarkan kenyataan meminta pemimpin politik yang dikaitkan dengan salah laku supaya bercuti sementara dari menjalankan tugas rasmi sehingga siasatan ke atas mereka selesai sepenuhnya.
Biarpun tidak menyebut secara langsung, kenyataaan Shamsul itu dipercayai merujuk kepada menteri hal ehwal ekonomi itu yang dikaitkan dengan video seks sejenis bersama bekas setiausaha sulitnya, Haziq Abdullah Abdul Aziz.
“Contohnya, jika seseorang pegawai kerajaan berhadapan siasatan pihak berkuasa, beliau akan dilepaskan daripada tugas hakiki buat sementara waktu dan jika didakwa di mahkamah, beliau akan digantung tugasan serta merta.
“[...] Saya menyeru agar pemimpin-pemimpin yang didakwa terlibat dengan salah laku agar bercuti secara sukarela bagi memberi laluan kepada siasatan dijalankan secara sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan itu.
Azmin dikaitkan skandal seks sejenis dengan Haziq setelah beberapa rakaman video seks yang didakwa miripnya tersebar sejak sebulan lalu.
Haziq mengaku merupakan individu dalam video tersebut manakala Azmin menafikan dirinya terlibat dan mendakwa ia adalah komplot untuk memusnahkan karier politiknya.
Semalam, Haziq bersama lima orang lagi direman bagi membantu siasatan kes video seks tersebut.
Keenam-enam mereka direman bagi membantu siasatan bawah Seksyen 292A Kanun Keseksaan, berkaitan pengedaran bahan lucah yang jika sabit kesalahan boleh dihukum sehingga tiga tahun penjara, denda atau kedua-duanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment