Write For Us

Jangan kelirukan rakyat dengan isu kuorum

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Menteri Undang-Undang Liew Vui Keong berkata, isu kekurangan kuorum pada malam semalam tidak timbul kerana bilangan ahli parlimen ketika undian pertama sudah diambil dan melepasi jumlah 26 orang yang diperlukan.
Justeru, Liew menyeru agar media tidak tersalah lapor mengenai perkara itu.
“Semasa perbahasan, perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu. Bila undian pertama sudah diumumkan, ada 32 wakil kerajaan dan 28 orang ahli pembangkang, jadi, isu kuorum tak perlu dibangkitkan. Media salah lapor.
“Saya harap media tidak mengelirukan rakyat dengan isu kuorum. Pembangkang sepatutnya lebih matang,” katanya ketika berucap semasa program National Stakeholders Consultation On The Right To Information Legislation, di Putrajaya, hari ini.
Isu tak cukup kuorum di Dewan Rakyat bukanlah kali pertama berlaku. Minggu lepas, sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan disebabkan hanya terdapat 24 anggota parlimen hadir apabila loceng dibunyikan.
Pada Okt, perbahasan pada sesi petang juga terpaksa dibahaskan dalam masa singkat disebabkan tidak cukup kuorum.
Sebelum itu, bilangan kehadiran anggota parlimen juga dikritik semasa perbahasan Belanjawan 2020.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment