Write For Us

'Jangan marah Tony Fernandes sokong Najib dulu, dia orang berniaga'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
124 Views
Published
Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan bos AirAsia Tan Sri Tony Fernandes yang telah menjadi sasaran rakyat Malaysia ketika dia melukis sebuah pesawatnya dengan warna biru-BN sebelum pilihan raya umum pada 9 Mei.
Anwar memberitahu pengundi bahawa mereka tidak seharusnya marah pada Fernandes berbuat demikain kerana dia hanya buat apa yang baik untuk perniagaan.
Beliau berkata demikian dalam ceramah di Linggi yang dihadiri oleh 350 orang malam tadi.
Berucap kepada hadirin, Anwar memuji ketajaman Fernandes dalam bidang perniagaan Fernandes tetapi menambah bahawa dia tidak begitu bagus dengan politik.
Pada 13 Mei, Tony mengeluarkan permohonan maaf kerana membawa Perdana Menteri Najib Abdul Razak menaiki penerbangan bertemakan BN.
Kenyataannya dibuat sehari selepas Fernandes mengumumkan bahawa syarikat penerbangannya akan mempromosikan Port Dickson sebagai destinasi pelancongan.
Dalam satu catatan di akaun LinkedInnya pada hari Rabu, ketua pegawai eksekutif AirAsia itu menyifatkan Port Dickson sebagai "raw diamond" dan berkata syarikatnya mahu menjadikannya sebagai destinasi transit untuk penumpang, sama seperti apa yang dilakukan Emirates terhadap Dubai.
"Persekitaran (Port Dickson) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menjadikannya berpotensi unuk menjadi Jumeirah Beach (Dubai) di Malaysia terutamanya untuk penumpang transit.
"Melihat bahawa kami membawa lebih ramai penumpang daripada Emirates yang telah menjadikan Dubai sebagai destinasi persinggahan yang berjaya, kami mahu melakukan perkara yang sama dengan Port Dickson.
"Peranan itu yang akan dimainkannya untuk meningkatkan masyarakat tempatan melalui kesan pengganda pelancongan akan menjadi besar," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment