Write For Us

Jangan salahkan kerajaan negeri, kata MB S'gor

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Kerajaan Selangor tidak seharusnya dipersalahkan dalam masalah gangguan bekalan air yang berlaku di negeri itu, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menteri besar Selangor itu berkata kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian sempadan antara Selangor dan Pahang di Shah Alam, hari ini.
"Saya tidak ingin menuding jari kepada sesiapa tetapi bagi pihak kerajaan negeri, kita telah mengambil semua langkah proaktif bagi memastikan (masalah) tidak berlaku," katanya.
Beliau menjawab soalan sama ada kerajaan negeri patut dipersalahkan berhubung gangguan bekalan air di Kuala Lumpur dan enam kawasan di Selangor yang berlaku sejak Selasa lalu.
Beliau yang juga timbalan presiden PKR berkata, masalah yang berlaku di luar kuasa kerajaan negeri belum mengambil alih Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) daripada kerajaan pusat.
Gangguan bekalan air kali ini berpunca daripada kerja membaik pulih Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) yang berada di bawah pengurusan Splash yang dilaksanakan awal minggu ini.
Namun Sistem Mampatan Udara (Surge Vessel System) di SSP3 pecah secara tiba-tiba pada Selasa lalu menyebabkan masalah bekalan air dijangka berlanjutan sehingga Ahad ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment