Write For Us

Jangan sebar berita palsu KPN

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak membuat spekulasi dan berita palsu mengenai keadaan politik negara semasa.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya akan mengambil tindakan terhadap individu yang didapati sengaja menimbulkan kekecohan dan menggugat ketenteraman awam.
Beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini, bagi menyampaikan taklimat mengenai keadaan keselamatan semasa.
Abdul Hamid berkata, tiada ancaman atau isu yang boleh menyebabkan keadaan huru-hara diterima setakat ini, sekali gus meminta orang ramai menjalani kegiatan harian seperti biasa.
Bagaimanapun, katanya, polis sentiasa memantau keadaan keselamatan bagi memastikan ketenteraman negara terjamin.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment