Write For Us

'Jangan sembunyi, jangan lari!'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
97 Views
Published
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa MCA supaya jujur mengenai duit yang diperoleh daripada Barisan Nasional (BN) dan memulangkan RM16.5 juta yang dikatakan diterima daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk pilihan raya umum ke-13.
Guan Eng mendakwa wang yang diterima oleh MCA itu dana dari 1MDB.
“Jangan sembunyi, jangan lari. Anda tidak boleh melindungi dan anda tidak boleh lari. Jadi pulangkan sahaja RM16.5 juta kepada 1MDB,” kata Guan Eng di Putrajaya.
Sebelum ini bekas presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengakui bahawa Najib telah mengagihkan sejumlah RM470 juta kepada parti komponen BN pada pilihan raya umum 2013, dengan MCA menjadi salah satu penerima.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment