Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad menegur perwakilan yang menggelar pemimpin parti lain dalam Pakatan Harapan sebagai 'duri dalam daging'.
Malah, secara berkias, Khalid turut mengingatkan para perwakilan Konvensyen AMANAH agar tidak membawa 'DNA' parti lama dalam parti serpihan PAS itu.
"Kita nak kukuhkan Pakatan Harapan, jangan gelar orang duri dalam daging. Kamu bantai orang, ingat dia suka ke? Itu ke cara nak kukuh Pakatan (HARAPAN)?. Jangan bawa DNA parti lama. Jangan macam itu, ini DNA parti lama... Ini pandangan saya. Kalau nak kukuh Pakatan Harapan dan nak parti lain bersatu dan bersama kita, tunjuk sikap keterbukaan, sanggup berbincang," kata Khalid.
Beliau berkata demikian semasa memberikan ucapan penggulungan di Konvensyen AMANAH, Shah Alam hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment