Write For Us

'Jangan tengok anak orang, anak sendiri tengok'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
115 Views
Published
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar menyelar pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang gemar mencari salah kerajaan, terutamanya berhubung isu kebakaran Pusat Tahfiz Quran Darul Ittifaqiyah, Keramat Ujung bulan lalu, yang meragut 23 nyawa.
September lalu, Kit Siang pernah mendesak Noh agar meletakkan jawatan selepas insiden kebakaran itu.
Noh berkata sepatutnya Kit Siang menggesa anaknya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk meletakkan jawatan susulan insiden tanah runtuh di tapak projek pembinaan perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di George Town pada Sabtu lalu, yang mengorbankan 11 mangsa.
"Apabila berlaku kejadian yang besar seperti yang berlaku baru-baru ini, maka berbagai-bagai isu ditimbulkan. Maka ada jugalah masuk isu-isu politik yang mencari salah pihak kerajaan, mencari salah semua pihak. Ada juga mencari salah di mana puncanya sehinggakan Gelang Patah suruh saya letak jawatan. Menteri KPKT yang bertanggungjawab kena pecat kata dia, ataupun tukar kementerian lain.
"Di Tanjung Bungah berlaku, NRD pun tak sokong, kementerian saya saya hubungi Pengarah Plan Malaysia yang merupakan ahli jawatankuasa teknikal mengenai penubuhan bangunan tersebut. Daripada Pengarah Plan Malaysia beritahu Plan Malaysia pun tidak menyokong projek yang terlibat dalam tanah runtuh. Bukan sahaja NRD, Plan Malaysia pun tak sokong. Tetapi macam mana projek itu tetap diteruskan.
"Sebab itu saya kata, pembangkang janganlah cari salah orang. Waktu rumah terbakar, dia suruh saya dipecat. Sekarang ini saya nak cabar Gelang Patah, ini ramai DAP, cabar lah. Kita nak tengok apa tindakan Gelang Patah, anak dia, suruhlah anak dia letak jawatan. Kalau anak dia tak mahu letak jawatan, ini anak derhaka barangkali tak mahu dengar nasihat ayah dia. Jangan tengok anak orang, anak sendiri tengok. Suruh dia letak jawatan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Noh berkata demikian menjawab soalan tambahan yang diajukan Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi berhubung adakah patut Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) memujuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) supaya meletak jawatan susulan insiden tanah runtuh di Tanjung Bungah, Pulau Pinang Sabtu lalu.
Namun, kenyataan Noh itu mengundang reaksi daripada Steven Sim (DAP-Bukit Mertajam) yang menggesa agar menteri itu tidak memutarbelitkan fakta.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment