Anggota UMNO diminta supaya tidak terpedaya dengan analisis kajian pihak tertentu yang menyentuh potensi kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi melekakan jentera parti dan pengundi.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata terdapat pihak dalam pembangkang yang melakukan kajian rambang menunjukkan seolah-olah UMNO dan BN masih boleh memerintah negara selepas PRU akan datang bagi menjatuhkan BN.
"Kita jangan terjebak dengan analisis kajian yang dilakukan sebab ada agenda tersembunyi supaya kita leka seolah-olah kita terus memerintah negara dan mereka berharap supaya (kita) tidak berusaha bersungguh-sungguh," katanya.
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di sini hari ini.
Beliau mendedahkan terdapat kajian yang dibuat seorang pemimpin muda dalam pembangkang yang mana hasilnya seolah-olah menunjukkan kemenangan kepada BN yang boleh menyebabkan jentera parti leka.
Beliau berkata sehubungan itu, seluruh jentera PRU harus mengkaji apa sebenarnya yang sedang dilakukan puak pembangkang yang sentiasa tidak senang dengan BN bagi mengukuhkan jentera parti.
"Mereka (pembangkang) ada kajian rambang menerusi telefon dan hasilnya didedahkan kepada orang ramai. Kita tahu kajian itu bukan untuk ketelusan tetapi hendak tunjuk seolah-olah UMNO dan BN masih boleh memerintah negara," katanya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment