Write For Us

Jangan tersalah pendrive, Annuar jawab TMJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
145 Views
Published
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa akhirnya menjawab dakwaan-dakwaan yang dilontarkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung penajaan badan itu kepada bola sepak Kelantan.
Menulis di Facebook, katanya, MARA tidak pernah menaja The Red Warriors (TRW) walau satu sen dan logo 50 tahun MARA pada bahagian lengan jersi pasukan itu dipamerkan secara percuma, walaupun ia bernilai RM250,000.
Jelasnya, UniKL pula sebuah syarikat swasta, dan ia tidak pernah menaja atau memberi biasiswa kepada pelajarnya, jadi tidak timbul ia menggunakan dana biasiswa.
Jelasnya lagi, sebagai syarikat swasta ia mempunyai polisi sendiri terutama dalam soal penjenamaan, promosi, dan pemasaran.
Terdahulu TMJ melalui pendedahannya mendakwa Annuar 'secara paksa' menggunakan duit rakyat melalui MARA dan UniKL untuk menaja skuad TRW.
Namun ketika dihubungi Malaysiakini sebelum ini, Annuar enggan mengulas lanjut dakwaan tersebut sebaliknya hanya memberi jawapan ringkas.
"Perlukah saya balas hujah-hujah bodoh?"
Anggota Parlimen Ketereh itu kemudiannya menggunakan Facebook untuk mengulas lanjut perkara itu.
Menurut Annuar, UniKL sudah lama terlibat dalam penjenamaan dan pemasaran melalui sukan khususnya hoki dan bola sepak.
Selain itu Annuar turut menegaskan dakwaan dana biasiswa MARA kononnya dikurangkan adalah tidak benar, malah jauh sama sekali dikurangkan kerana menaja bola sepak.
Sebelum ini Tunku Ismail menarik perhatian ramai dengan dakwaan rasuah 30 tahun pentadbir bola sepak negara yang terkandung dalam sebuah 'pendrive'.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment