Write For Us

Jangan tuduh zalim, Hanipa saran Najib tulis surat pada kerajaan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Hanipa Maidin mahu menawarkan bantuan kepada anak perempuan Datuk Seri Najib Razak ketika akaun bekas perdana menteri itu dibekukan pihak berkuasa.
Kata Hanipa, sepatutnya tidak ada masalah bagi Najib mengarahkan peguamnya menulis surat kepada pihak berkuasa bagi memberi sedikit keringanan ke atas pembekuan akauan tersebut.
Katanya peguam Najib boleh memohon kepada kerajaan supaya sebahagian daripada wang yang dibekukan itu dikeluarkan untuk tujuan membiayai kos rawatan yang diperlukan.
Mengakui belum mendapat kepastian sama ada langkah tersebut sudah digerakkan, Hanipa berkata, ada usaha lain boleh dicuba.
Hanipa juga bersedia berbincang dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai hal tersebut.
Anggota parlimen Sepang itu memberitahu, pihak Najib wajar mengambil langkah yang dibenarkan undang-undang sebelum membuat kenyataan menyalahkan kerajaan.
Hanipa berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai kesukaran dialami Puteri Norlisa Najib yang mengalami barah tahap empat.
Memetik adik Puteri Norlisa, Datuk Mohd Nazifuddin, Utusan Online melaporkan mereka tertekan apabila semua akaun yang disyaki ada kaitan dengan siasatan pihak berkuasa ke atas skandal 1MDB dibekukan.
Kata Mohd Nazifuddin langkah SPRM membekukan akaun itu menyukarkan mereka melunaskan bayaran bil hospital selepas Puteri Norlisa menjalani rawatan kemoterapi untuk barah darah dialaminya.
Mengulas situasi dialami itu, Najib pula menambah langkah kerajaan membekukan akaun beliau dan anak-adalah zalim.
Najib berkata beliau hanya sedar akaun peribadinya dibekukan selepas ceknya untuk membayar bil perubatan anaknya ditendang bank.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment