Hasrat Umno untuk turut serta ke Muktamar Tahunan PAS akhirnya menjadi kenyataan dengan kehadiran ketua Pemuda parti itu, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di Muktamar Dewan Pemuda PAS Ke-59, di Terengganu, hari ini.
Beliau bersama seorang pengiring tiba di lokasi program yang bertempat di Pulau Duyong, dekat Kuala Terengganu kira-kira jam 3.00 petang disambut ramah oleh perwakilan Pemuda PAS.
Kehadiran Asyraf Wajdi itu sebagai tetamu khas bagi majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS yang akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan, petang ini.
Sebelum ini, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji secara peribadi untuk menghadirikan diri ke muktamar PAS dan membawa pemimpin-pemimpin Umno untuk turut serta.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment