Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan beliau akan bertanding naib presiden Umno pada pemilihan kali ini.
Katanya, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kedudukan Umno selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Tajuddin yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno mendakwa pernah menegur Datuk Seri Najib Razak selaku presiden Umno berkaitan isu derma dan 1MDB namun tidak didengari kerana menganggap beliau hanyalah seorang pemimpin kecil.
Beliau berkata kepada pemberita dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.
Ditanya alasan bertanding jawatan naib presiden dan bukannya presiden, Tajuddin berkata beliau mengukur baju di badan sendiri.
Tajuddin berkata berdasarkan analisis yang dibuatnya, sebanyak 46 peratus orang Melayu masih memberi sokongan kepada Umno justeru katanya pemimpin parti itu perlu bangkit memperjuangkan orang Melayu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment